“…. dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku.”
[surah Thahaa:14]
“…Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
[Surah An-Nisa’}
Rasulullah s.a.w.bersabda kepada Mu’adz:
“Maka sampaikan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan solat lima kali sehari semalam.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
“…. Dan
sesungguhnya solat itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang
khusyuk, iaitu orang yang yakin bahawa mereka pasti akan bertemu dengan
Tuhan mereka dan kembali kepada-Nya….”
[Surah Al-Baqarah:44-46]
Dari Ammar bin Yasir, dia berkata,:
“Rasulullah
s.a.w. bersabda: Sesungguhnya orang menyelesaikan solatnya, tetapi tidak
ditulis baginya kecuali sepersepuluh solat, sepersembilan, seperlapan,
sepertujuh, seperenam, seperlima, sperempat, sepertiga atau
seperduanya.”
[H.R. Abu Daud]
“Dan
sesungguhnya masjid-masjid itu adalah milik Allah maka jaganlah kamu
menyembah seseorang pun di dalamnya selain menyembah Allah.”
[Surah Al-Jin:18]
Ibnu Mas’ud berkata:
“Aku telah
mengamati kaum muslimin; tidak seorang pun meninggalkan solat kecuali
orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya, atau orang sakit.
Namun orang yang sakit akan berjalan di antara dua orang (dipapah) untuk
melaksanakan solat”. Ibnu Mas’ud berkata: “Sesungguhnya Rasulullah saw
mengajarkan kami sunah-sunah itu adalah solat di masjid yang diserukan
azan di dalamnya.”
[H.R. Muslim dan Abu Daud]
Rasulullah saw bersabda:
“Solat yang
paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Andaikan
mereka tahu apa yang ada dalam kedua solat itu, nescaya mereka
menghadirinya sekalipun dengan merangkak. Dan sesungguhnya rasanya aku
hendak menyuruh (orang-orang ) mengerjakan solat kemudian aku
perintahkan seseorang untuk mengimami mereka, lalu aku berangkat bersama
orang-orang dengan membawa kayu, kepada orang-orang yang tidak hadir
untuk melaksanakan solat, kemudian aku bakar rumah mereka.”
[H.R. Muslim]
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Amal
seseorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kimat adalah
solatnya, jika(solatnya) baik maka dia telah berbahagia dan beruntung,
dan jika(solatnya) telah rosak maka dia telah celaka dan merugi. Jika
dia mengurangi kewajipan, Allah berfirman: “Periksalah, apakah hamba-Ku
mempunyai amalan sunah(solat sunat) yang dapat menutupi kekurangan
kewajipannya?” kemudian, begitulah semua amalnya dan dihisab.”
[H.R. At-Tirmidzi –katanya hadis ini hasan]
Rasulullah s.a.w. besabda:
“Aku
diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi “Tiada
Tuhan kecuali Allah dan Muhammad adalah Rasulullah”, menegakkan solat
dan melaksanakan zakat. Apabila mereka telah melaksanakan semua itu,
maka mereka telah melindungi darah dan harta mereka dariku kecuali
dengan hak Islam, lalu persoalannya terserah kepada Allah.”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
“Apakah yang
memasukkanmu ke dalam neraka(saqar)?Mereka menjawab: “kami dahulu tidak
termasuk orang-orang yang mengerjakan solat, dan kami tidak (pula)
memberi makan orang miskin, dan adalah kami membicarakan yang batil
bersama dengan orang-orang yang membicarakannya, dan adalah kami
mendustakan ari pembalasan, hingga datang kepada kami kematian.”
[surah Al-Mudatsir:42-47]
“(Batas) antara hamba dan kekufuran adalah meninggalkan solat.”
[H.R. At-Tirmidzi dan Abu Daud]
“(Batas) antara seseorang dan kemusyrikan adalah meninggalkan solat.”
[H.R. Muslim]
“Ikatan antara mereka dan kita adalah solat, barangsiapa meninggalkannya maka ia telah kafir.”
[H.R. At-Tirmidzi dan Nasa’i ]
“Para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak pernah menilai suatu amalan yang ditinggalkan sbg kekufuran kecuali solat.”
[H.R. At-Tirmidzi]
“Barangsiapa meniggalkan solat Asar, maka amalnya menjadi batal(tertolak).”
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
“….. dan apabila mereka(munafik) melaksanakan solat maka mereka melaksanakan dengan malas….”
[Surah An-Nisa’:142]
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, iaitu orang-orang yang melupakan/lalai dari solat mereka.”
[Surah Al-Maa’un:4-5]
Abdullah bin Mas’ud berkata:
“Sesungguhnya
aku mengamati(masyarakat) kami bahawa tidak seorang pun yang
meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui
kemunafikannya.”
[H.R. Muslim]